Cari:
Kemboja, Negara Tema CAEXPO Tahun Depan
2017-09-15 15:33:15 CRI Cetak

Mesyuarat pegawai tinggi Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-14 semalam telah menetapkan tarikh bagi penganjuran ekspo seterusnya pada 12 hingga 15 September tahun depan.

Perdagangan produk, kerjasama pelaburan, perdagangan perkhidmatan, teknologi canggih dan bandar menarik telah ditetapkan sebagai lima fokus utama ekspo ke-15 itu nanti, dengan Kemboja sebagai negara temanya.

Ketua Setiausaha Sekretariat CAEXPO ke-14, Wang Lei berkata, eskpo ke-14 ini telah mencapai hasil yang menonjol dalam kerjasama pelaburan dan perdagangan. Kerjasama kapasiti industri antarabangsa kian mendalam dan pragmatik, manakala mekanisme baharu yang melibatkan "Jalur dan Laluan" (B&R) telah diwujudkan.

Pihak penganjur akan menjalankan kerja persiapan ekspo seterusnya dengan sebaik mungkin dan mempromosikan wadah pameran tersebut untuk membantu menggalakkan kerjasama China-ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China