Cari:
China Tingkatkan Kerjasama Maklumat dengan Negara B&R
2017-09-15 15:56:13 CRI Cetak

Sidang Indeks Pembangunan Industri dan Teknologi Maklumat Negara Inisiatif Jalur & Laluan (B&R) diadakan di Beijing semalam.

Naib Pengerusi Persatuan Industri Maklumat Elektronik China, Qu Weizhi menyatakan, China akan meningkatkan kerjasama dengan negara-negara yang terlibat dalam pelaksanaan B&R dalam bidang maklumat dan penggunaan internet, serta menetapkan mekanisme penyelarasan dan meningkatkan taraf perkhidmatan berkenaan.

Qu berkata, Persatuan Industri Maklumat Elektronik China akan meningkatkan penyelidikan terhadap pembangunan industri dan teknologi maklumat negara-negara yang terlibat dalam B&R dan menyediakan rujukan kepada para pelabur dalam bentuk indeks analisis objektif dan kuantitatif.

Menurut hasil kajian persatuan itu, Kazakhstan, Thailand, Jordan, India dan Turki menunjukkan momentum pertumbuhan yang kukuh dalam bidang industri dan teknologi maklumat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China