Cari:
Yu Zhengsheng Ucapkan Tahniah kepada Persidangan Peniaga Cina Sedunia ke-14
2017-09-17 14:47:07 CRI Cetak

Persidangan Peniaga Cina Sedunia ke-14 telah dirasmikan di Myanmar semalam dan turut diserikan dengan kawat tahniah yang diutus oleh Yu Zhengsheng, Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC).

Yu Zhengsheng menyatakan bahawa peniaga Cina yang berada di pelbagai tempat di dunia telah menjadi tenaga utama yang menggalakkan pembangunan ekonomi pelbagai negara dan juga merupakan jambatan dan talian yang merapatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara pelbagai negara dengan China. Konsep yang dijunjung oleh peniaga Cina iaitu beramah-tamah, ikhlas, bantu-membantu, memelihara situasi harmoni dan menang-menang berasal daripada kebudayaan China. Tingkah laku mereka yang baik itu membuat rakyat pelbagai negara dapat lebih banyak mengenali China.

Yu Zhengsheng menegaskan bahawa kita sedang berada dalam zaman yang mengalami perkembangan dan perubahan yang amat besar, dan pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) telah menyuntikkan kesegaran kepada pembangunan ekonomi dunia sekali gus menyediakan peluang baharu kepada perkembangan kerjaya perantau China dan orang Cina di seluruh dunia.

Yu Zhengsheng berharap para peniaga Cina memegang peluang ini untuk meningkatkan perkembangan kerjaya masing-masing di samping memberikan sumbangan kepada realisasi 'Impian China' yang menyasarkan kebangkitan bangsa serta peningkatan persefahaman dan persahabatan antara rakyat China dengan negara lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China