Cari:
Indonesia, Penjana Elektrik Geoterma Kedua Terbesar
2017-09-19 14:43:08 CRI Cetak

Menurut laporan Kementerian Tenaga dan Sumber Perlombongan Indonesia, negara itu dijangka menjadi penjana elektrik kuasa geoterma yang kedua terbesar di dunia pada tahun 2021.

Jurucakap kementerian itu, Dadan Kusdiana memaklumkan bahawa kapasiti penjanaan elektrik dengan memanfaatkan kuasa geoterma meningkat pesat berikutan semakin banyak unit generator baharu dipasang di Indonesia pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Sekarang, kapasiti penjanaan elektrik menggunakan kuasa geoterma di negara itu mencatat 1,698.5 megawatt, iaitu hanya 10% daripada rizab geoterma negara itu.

Angka tersebut dijangka mencatat 2,023.5 megawatt pada tahun depan, sekali gus meletakkan Indonesia di depan Filipina sebagai penjana elektrik geoterma kedua terbesar di dunia, selepas Amerika Syarikat (AS).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China