Cari:
Singapura Menilai Positif Inisiatif B&R China
2017-09-19 13:46:18 CRI Cetak

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong akan mengadakan lawatan rasmi ke China pada 19 hingga 21 September atas undangan Perdana Menteri China, Li Keqiang.

Lee yang memberi penilaian positif ketika mengulas tentang inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) anjuran China, menyatakan bahawa B&R membantu menyambungkan China dengan negara-negara jirannya serta merapatkan hubungan sesama rakan dagang dari Eropah, Asia bahkan Afrika. B&R merancakkan kerjasama yang saling menguntungkan terutamanya dalam bidang prasarana, perdagangan dan pelancongan.

Kata Lee, terdapat tiga projek utama B&R yang ingin dijayakan oleh Singapura dengan China, iaitu kesalinghubungan prasarana, kerjasama kewangan dan kerjasama dengan negara ketiga melibatkan bidang seperti latihan profesional.

Menyentuh hubungan perkongsian strategik China-ASEAN, Lee berkata, Singapura selaku negara pengerusi bergilir ASEAN pada tahun depan, akan berusaha sedaya upaya menggalakkan kerjasama dan penyelarasan antara China dengan ASEAN. China antara rakan dagang terbesar bagi kebanyakan negara ASEAN, dan kerjasama antara kedua-dua pihak melibatkan pelbagai sektor. Pihaknya akan terus menggalakkan perkembangan hubungan China dengan ASEAN dan kerjasama sesama negara anggota ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China