Cari:
Pavilion ASEAN di CIFIT Dirasmikan
2017-09-19 13:53:15 CRI Cetak

Ekspo Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa China (CIFIT) 2017 dirasmikan di Xiamen, China semalam. Pavilion ASEAN seluas seribu meter persegi turut menjadi tumpuan pengunjung.

Ruang pameran tersebut menarik penyertaan lebih 400 syarikat dari 10 negara ASEAN. Antara bahan pameran termasuk projek-projek mega berkaitan taman industri, hartanah, pelancongan dan pertanian, yang turut mencerminkan kerjasama antara China dengan ASEAN memiliki potensi besar.

CIFIT kali ini terus memfokuskan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R). Forum Perdagangan dan Forum Kemuncak Pemimpin Muda ASEAN akan diadakan dalam tempoh ekspo kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China