Cari:
Filipina Alu-alukan Pelancong dan Pelabur China
2017-09-20 14:19:16 CRI Cetak

Setiausaha Pelancongan Filipina, Wanda Corazon Teo berkata, lebih banyak laluan penerbangan terus akan dibuka antara pelbagai destinasi pelancongan di Filipina dengan bandar-bandar di China.

Kedatangan pelancong China serta kemasukan pelaburan China dalam sektor pelancongan Filipina amat dialu-alukan.

Teo dalam satu sidang akhbar semalam menyatakan bahawa pihaknya sedang berunding dengan China untuk membuka lebih banyak laluan penerbangan terus misalnya antara bandar Changsha, Wushan dan Chongqing dengan Pulau Boracay, Pulau Bohol dan Pulau Palawan.

Dalam tempoh antara Januari hingga Julai lalu, jumlah pelancong China ke Filipina meningkat kepada lebih 450 ribu, iaitu kira-kira 33% lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu.

Jumlah pelancong China ke Filipina untuk sepanjang tahun ini dijangka mencecah sejuta.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China