Cari:
Myanmar Mahu Adakan Dialog dengan Masyarakat Antarabangsa
2017-09-20 11:26:44 CRI Cetak

Myanmar mengundang masyarakat antarabangsa mengadakan dialog dengan kerajaannya bagi menyumbangkan cadangan membina untuk membantu menyelesaikan isu domestik semasa seperti isu Rakhine.

Demikian dinyatakan oleh Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi ketika berucap di Naypyidaw semalam.

Menurut beliau, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) telah bekerjasama dengan kerajaan Myanmar untuk menjalankan program bantuan kemanusiaan. Pihaknya mengalu-alukan penglibatan pertubuhan-pertubuhan lain.

Beliau turut menjelaskan tindakan kerajaan untuk menggalakkan keamanan dan pembangunan di Rakhine. Katanya, suruhanjaya pusat telah ditubuhkan untuk menjaga ketenteraman di wilayah itu, di samping menawarkan peluang kerja kepada penduduk tempatan.

Beliau berkata, tiada konflik kekerasan atau operasi pembanterasan berlaku lagi di utara Rakhine sejak 5 September lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China