Cari:
China Beri Tiga Cadangan Kerjasama GMS
2017-09-21 14:41:37 CRI Cetak

Sidang peringkat menteri ke-22 Kerjasama Ekonomi Subkawasan Sungai Mekong (GMS) dirasmikan di Hanoi, Vietnam semalam.

Sidang bertemakan "tingkatkan kerjasama pragmatik, galakkan kerjasama GMS lebih berhasil" itu dihadiri pegawai-pegawai peringkat menteri dan wakil pertubuhan antarabangsa termasuk Bank Pembangunan Asia (ADB).

Penolong Menteri Kewangan China, Xu Hongcai dalam ucapannya menyanjung tinggi kemajuan yang dicapai dalam kerjasama GMS, dan memberikan tiga cadangan.

Beliau menyarankan kerjasama GMS diselaraskan dengan mekanisme pelbagai hala termasuk inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan Mekanisme Kerjasama Sungai Lancang-Mekong agar kelebihannya dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Selain itu, beliau menganggap perlunya sebuah rangkaian kewangan serantau bagi menjamin dana yang mencukupi untuk projek-projek pembangunan, dan mod kerjasama dibaharui terutamanya dalam bidang kapisiti pengeluaran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China