Cari:
Lee Hsien Loong Lawat Xiamen
2017-09-22 15:10:01 CRI Cetak

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang sedang dalam lawatan ke bandar Xiamen China, menghadiri upacara perasmian pejabat Bank OCBC cawangan bandar tersebut dan meninjau beberapa syarikat usaha sama Singapura di sana.

Lawatan beliau ke Xiamen sebelum ini adalah pada 26 tahun lalu.

Dalam pertemuan Lee dengan Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Fujian Parti Komunis China, You Quan, kedua-dua pihak telah memuji interaksi rapat antara Fujian dan Singapura.

Jumlah perdagangan antara kedua-dua pihak pada tahun lalu mencecah RMB15 bilion (lebih RM9 bilion). Singapura merupakan salah satu sumber utama pelaburan asing bagi Fujian.

Lee Hsien Loong berkata, inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dapat memperkasakan kerjasama antara Fujian dengan Singapura. Kedua-dua pihak diharap dapat meneladani pencapaian dan kemajuan antara satu sama lain dan meningkatkan kerjasama pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China