Cari:
China Hulur Bantuan kepada Myanmar
2017-09-22 13:18:30 CRI Cetak

Kedutaan Besar China di Myanmar menyerahkan bantuan kemanusiaan kepada Palang Merah Myanmar di Yangon, semalam.

Duta Besar China, Hong Liang menyatakan bahawa China dan Myanmar merupakan jiran yang rapat, dan China sentiasa bersedia menghulurkan bantuan ketika Myanmar dilanda kesukaran.

Kata Hong Liang, China menyokong usaha kerajaan Myanmar memelihara ketenteraman di wilayah Rakhine. Beliau berharap sumbangan China itu dapat mengurangkan kesengsaraan mangsa dan menstabilkan situasi di tempat tersebut.

Ketua Setiausaha Palang Merah Myanmar, Khin Maung Hla merakamkan sekalung penghargaan kepada China. Pihaknya akan menggunakan sumbangan China itu untuk membantu penduduk yang terjejas akibat serangan keganasan di Rakhine.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China