Cari:
Tiga Polis Dituduh Bantu Yingluck Lari
2017-09-25 13:51:09 CRI Cetak

Tiga anggota polis yang disyaki membantu bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra lari ke luar negara, disoal siasat pada 21 September lalu. Manakala perancangnya yang dipercayai masih berada dalam negeri, belum didedahkan identiti.

Demikian dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Thailand, Prawit Wongsuwan baru-baru ini.

Yingluck yang tidak menghadiri perbicaraan kes subsidi beras pada 25 Ogos lalu, dikatakan telah memasuki Kemboja melalui wilayah Sakaeo. Menurut Prawit, kenderaan yang ditemui di Nakhon Pathom, utara Thailand, disyaki digunakan untuk membawa Yingluck.

Yingluck dipercayai pergi ke Dubai untuk bertemu dengan abangnya, Thaksin Shinawatra, yang hidup dalam buangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China