Cari:
Forum Budaya Lancang-Mekong
2017-09-25 16:43:45 CRI Cetak

Forum Budaya Lancang-Mekong berlangsung di bandar Ningbo, provinsi Zhejiang semalam, bersempena Festival Kesenian Asia ke-15.

Menteri Kebudayaan China, Luo Shugang menyatakan bahawa usaha memperdalam interaksi dan kerjasama budaya Lancang-Mekong selaras dengan visi komuniti berkongsi nasib Asia, sekali gus kondusif bagi kemakmuran dan pembangunan tamadun Asia.

Usaha ini mustahak bagi kerjasama saling menguntungkan yang melibatkan segenap aspek.

Luo mengemukakan beberapa cadangan bagi meningkatkan kerjasama Lancang-Mekong (LMC), termasuk menyelaraskan kerjasama budaya Lancang-Mekong dengan pembangunan "Jalur dan Laluan" (B&R) dan kerjasama ASEAN.

Satu Perisytiharan tentang kerjasama budaya Lancang-Mekong diluluskan dalam forum itu.

Wakil-wakil dari enam negara terlibat bersependapat bahawa kerjasama budaya adalah komponen penting dalam LMC, yang membantu mengukuhkan komunikasi dan kerjasama blok berkenaan.

Kerjasama ini turut memupuk rasa saling memahami dan saling mempercayai di kalangan rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China