Cari:
Malaysia: 14,000 PATI, 302 Majikan Ditahan Sejak 1 Julai
2017-09-25 14:03:55 CRI Cetak

Jabatan Imigresen Malaysia menerusi Op Mega yang dijalankan sejak 1 Julai lalu berjaya menahan seramai 14,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) kerana gagal mendaftar dan memiliki Enforcement Card atau E-Kad.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya juga menahan seramai 302 majikan dengan kira-kira 100 daripada mereka telah diheret ke mahkamah untuk tindakan undang-undang.

Menurut beliau, masih ramai PATI dan majikan gagal mematuhi peraturan ditetapkan kerana sasaran pendaftaran antara 400,000 hingga 600,000 PATI menerusi program E-Kad yang berakhir 30 Jun lalu tidak dapat dicapai.

Ujarnya, sehingga kini, Jabatan Imigresen hanya berjaya merekodkan kira-kira 104,000 pendaftaran E-Kad manakala seramai 1.86 juta warga asing mendaftar untuk memiliki permit tahun lepas dan 1.72 juta membuat permohonan sama tahun ini.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China