Cari:
Bank Pusat Indonesia Turunkan Kadar Faedah
2017-09-26 13:03:07 CRI Cetak

Bank pusat Indonesia menurunkan kadar repo terbalik tujuh hari sebanyak 25 mata asas kepada 4.25%. Kadar faedah simpanan dan pinjaman pula diturunkan kepada 3.5% dan 5% masing-masing.

Menurut pegawai bank itu, langkah tersebut diambil memandangkan unjuran inflasi dan inflasi sebenar untuk tempoh 2017 hingga 2019 lebih rendah daripada julat tengah yang ditetapkan.

Kadar faedah yang lebih rendah lebih sesuai dengan keadaan ekonomi Indonesia dan akan membantu melancarkan perniagaan antara bank, sekali gus menggalakkan pemulihan ekonomi.

Bank pusat akan terus meningkatkan penyelarasan dengan pelbagai jabatan kerajaan bagi menjamin kestabilan ekonomi makro.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China