Cari:
Malaysia Tumpas Sindiket Proses dan Edar Dadah Terbesar di Sarawak
2017-09-26 11:48:20 CRI Cetak
Sindiket memproses dan mengedar dadah di Sarawak berjaya ditumpaskan polis setelah menangkap dua lelaki tempatan di sebuah rumah di Jalan Stutong pada 21 September lalu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Pahlawan Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, dalam serbuan pada pukul 1.30 petang itu, pasukan polis merampas dadah disyaki jenis syabu seberat 11.6 kilogram (kg) dan 993 pil ekstasi dianggarkan bernilai RM3.4 juta.

Katanya, kedua-dua suspek berusia 27 tahun itu diberkas oleh pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

Siasatan awal mendapati sindiket itu bergiat aktif memproses dan mengedar dadah di sekitar negeri itu sejak sembilan bulan lalu.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China