Cari:
Kertas Siasatan Kebakaran Diserahkan kepada Peguam Negara
2017-09-26 14:33:09 CRI Cetak

Kertas siasatan membabit­kan tujuh remaja yang didakwa terlibat dalam kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah sehingga me­ngorbankan 23 nyawa pada 14 September lalu telah diserahkan kepada Peguam Negara semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan kes tersebut yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

"Polis sudah menyerahkan ker­tas siasatan dan menunggu ara­han selanjutnya daripada pe­jabat Peguam Negara. Jadi kita tunggu arahan, apa bentuk tindakan dan pertuduhan terhadap mereka itu," katanya.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China