Cari:
Stesen TV Pertama Kerjasama China-Kemboja Dirasmikan
2017-09-28 13:50:31 CRI Cetak

Stesen televisyen satelit NICE TV, hasil kerjasama Kementerian Dalam Negeri Kemboja dan Kumpulan Pelaburan Kebudayaan Xin Yingxiang Guangxi China, dirasmikan di Phnom Penh semalam.

Timbalan Perdana Menteri Kemboja yang juga Menteri Dalam Negeri, Sar Kheng dalam upacara perasmian menyatakan bahawa penubuhan NICE TV mencerminkan aspirasi media kedua-dua negara untuk menjalinkan kerjasama jangka panjang dalam bidang penyiaran.

Stesen TV baharu ini bukan sahaja akan menyediakan berita kepada rakyat Kemboja, malah memainkan peranan penting sebagai saluran penyebaran maklumat mengenai isu-isu relevan seperti undang-undang dan keselamatan.

Ini merupakan satu lagi bukti keeratan kerjasama antara Kemboja dengan China dalam bidang media dan budaya.

NICE TV telah memulakan penyiaran secara percubaan sejak April lalu, dengan program sepanjang hari dalam bahasa Kemboja yang melibatkan berita, drama bersiri dan program hiburan.

Filem-filem dan drama bersiri China akan diterjemah untuk disiarkan menerusi NICE TV.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China