Cari:
China, ASEAN Rakan Saling Menguntungkan
2017-09-29 14:51:17 CRI Cetak

Misi diplomasi China ke ASEAN dan Kedutaan Besar China di Indonesia mengadakan jamuan di Jakarta malam semalam, sempena sambutan Hari Kebangsaan China ke-68.

Turut hadir, Duta Besar China ke ASEAN, Xu Bu; Kuasa Usaha Sementara Kedutaan China ke Indonesia, Sun Weide; Menteri Badan Usaha Milik Negara Indonesia, Rini Soemarno; dan bekas Presiden Indonesia, Baharuddin Jusuf Habibie.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 penubuhan ASEAN.

Xu berkata, selepas separuh abad, ASEAN telah menjadi pertubuhan serantau paling penting, manakala China rakan kerjasama pragmatik yang paling menguntungkan anggotanya.

China dan ASEAN perlu bersama-sama terus mengorak langkah dalam usaha mewujudkan komuniti berkongsi nasib yang lebih kukuh.

Menteri dari Indonesia, Rini Soemarno pula menyatakan bahawa Indonesia, salah satu titik penting di jalan sutera purba, telah menjalin perkongsian pembangunan dengan China.

Kehadiran Presiden Joko Widodo dalam Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa "Jalur dan Laluan" (B&R) di Bejing Mei lalu, mencerminkan tekad Indonesia memantapkan lagi perkongsian dengan China.

Kedua-dua pihak boleh terus meneroka potensi kerjasama dalam bidang kesalinghubungan infrastruktur, logistik, pelancongan dan perdagangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China