Cari:
Dua Panda China Tiba di Indonesia
2017-09-29 12:54:43 CRI Cetak

Cai Tao dan Hu Chun, dua ekor panda berusia 7 tahun dari Pusat Panda Shenshuping di Wolong, provinsi Sichuan tiba di Jakarta, Indonesia pada 28 September lalu.

Dua panda yang dipelihara di Taman Safari Indonesia itu akan bertemu dengan pengunjung selepas tempoh kuarantin selama sebulan untuk menyesuaikan diri.

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar China di Indonesia, Sun Weide dalam majlis menyambut ketibaan panda, melahirkan keyakinan Cai Tao dan Hu Chun akan mendatangkan kegembiraan kepada rakyat Indonesia, khususnya kanak-kanak.

Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Siti Nurbaya Bakar pula berharap kerjasama melalui program perlindungan panda ini dapat menjadi simbol baharu persahabatan kedua-dua negara.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China