Cari:
Hubungan Filipina-China Semakin Erat
2017-09-30 14:42:18 CRI Cetak
Hubungan antara Filipina dengan China semakin erat sejak inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dikemukakan.

Demikian ujar Setiausaha Kewangan Filipina, Carlos Dominguez, dalam satu acara bagi memperkenalkan situasi ekonomi Filipina di Shanghai, China semalam.

Dalam acara itu, pihak Filipina telah mempamerkan peluang perniagaan dalam pelbagai bidang, termasuk infrastruktur kepada pelabur China.

Carlos menyatakan bahawa mekanisme dua hala yang telah diwujudkan beberapa tahun kebelakangan ini membantu kedua-dua negara menjalinkan perkongsian kerjasama yang kukuh.

Sementara itu, perdagangan dua hala berkembang pesat. Filipina mahu melihat China menjadi rakan dagangnya yang paling penting. Hal ini menguntungkan kedua-dua pihak.

Beliau yakin, kerjasama ekonomi antara Filipina dengan China akan menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi serantau dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China