Cari:
Panda, Simbol Persahabatan China-Indonesia
2017-09-30 14:53:07 CRI Cetak

Cai Tao dan Hu Chun, dua ekor panda China yang dinanti-nantikan rakyat Indonesia, telah tiba di Jakarta kelmarin.

Media Indonesia menganggap kedatangan panda mencerminkan keeratan ikatan persahabatan antara Indonesia dengan China, dan akan mengukuhkan persefahaman di kalangan rakyat.

Akhbar The Jakarta Post dalam laporannya menyifatkan kerjasama melalui program perlindungan panda ini simbol hubungan diplomatik kukuh antara kedua-dua negara.

Akhbar Kompas pula melaporkan, kedatangan dua ekor panda itu akan membantu mengukuhkan hubungan bilateral, di samping meningkatkan keghairahan dan motivasi Indonesia untuk melindungi hidupan liar.

Cai Tao dan Hu Chun yang berusia 7 tahun akan hidup di Taman Safari Indonesia selama 10 tahun. Mereka akan bertemu dengan pengunjung selepas tempoh kuarantin selama sebulan untuk menyesuaikan diri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China