Cari:
Pemimpin Laos Kirim Kawat Tahniah Hari Kebangsaan China
2017-10-03 14:02:04 CRI Cetak

Sempena sambutan Hari Kebangsaan China ke-68, Presiden Laos, Bounngang Vorachith, Perdana Menteri, Thongloun Sisoulith dan Presiden Parlimen, Pany Yathotu mengutus kawat tahniah kepada rakan sejawat mereka dari China, iaitu Presiden Xi Jinping, Perdana Menteri, Li Keqiang, dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan, Zhang Dejiang.

Dalam perutusan itu, para pemimpin Laos memuji kemajuan cemerlang China sepanjang 68 tahun lalu, yang dapat dilihat daripada ekonomi negara yang tumbuh mampan dan kehidupan rakyat yang bertambah sejahtera. Sekarang, China memainkan peranan kian penting di pentas antarabangsa dan menjadi contoh baik bagi semua negara membangun.

Pemimpin Laos berharap persahabatan tradisional dan hubungan rakan strategik Laos-China terus dipertingkat dan membawa manfaat kepada seluruh rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China