Cari:
Australia Mohon Maaf Gagal Kesan MH370
2017-10-05 13:20:02 CRI Cetak

Pihak berkuasa Australia memohon maaf kerana gagal menemukan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 malah menegaskan misteri kehilangan pesawat berkenaan yang tiada penghujung itu tidak boleh diterima.

Melalui laporan akhir tentang kegagalan pencarian pesawat ter­sebut, Biro Keselamatan Pe­ngangkutan Australia (ATSB) memaklumkan, punca kehilangan pesawat itu tidak boleh dibuktikan sehingga pesawat ditemukan.

Kehilangan pesawat Boeing 777 membawa 239 penumpang pada 8 Mac 2014 yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China itu merupakan misteri penerbangan terbesar dunia.

Difahamkan pesawat berke­naan dilencongkan beribu-ribu kilometer daripada laluan asalnya ke Lautan Hindi sebelum terhempas di luar pantai barat Australia.

Australia yang mengetuai pencarian pesawat itu di laut dalam, Malaysia dan China menamatkan pencarian bernilai USD160 juta (RM677 juta) pada Januari lalu selepas gagal menemukan sebarang kesan walaupun menerima bantahan daripada keluarga mangsa.

Agensi saintifik utama Australia juga memaklumkan pada Ogos lalu bahawa pihaknya percaya 'ketepatan dan kepastian yang belum pernah berlaku' bahawa pesawat itu terhempas di timur laut zon pencarian.

Namun penemuan itu ditolak oleh kerajaan Australia kerana tidak spesifik dan pencarian itu tidak diteruskan.

---Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China