Cari:
Perutusan Tahniah Presiden Xi kepada Sultan Brunei
2017-10-05 14:45:20 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengirim perutusan tahniah kepada Sultan Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, sempena tarikh ulang tahun ke-50 pertabalan baginda.

Xi berkata,

"Bagi pihak kerajaan dan rakyat China serta diri sendiri, saya mengucapkan tahniah kepada baginda sempena ulang tahun ke-50 pertabalan baginda.

Di bawah pimpinan baginda, Brunei mengamalkan dasar pembangunan yang sesuai dengan keadaan sendiri, sehingga mencapai prestasi yang cemerlang dalam pembangunan sosioekonomi dan memelihara kemakmuran dan kestabilan negara. Sebagai negara jiran yang rapat, China turut berasa gembira atas kejayaan itu.

China dan Brunei ialah jiran dan rakan kongsi yang rapat dan saling percaya. Sempena baginda mengadakan lawatan rasmi ke China baru-baru ini, kita telah bertukar-tukar pandangan tentang hubungan dua hala serta mencapai persepakatan yang meluas. Saya amat mementingkan hubungan dengan Brunei dan bersedia berusaha bersama-sama baginda melonjakkan hubungan perkongsian strategik China-Brunei ke tahap yang lebih tinggi.

Semoga baginda sihat dan sejahtera.

Semoga negara Brunei makmur dan rakyat bahagia."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China