Nuan Nuan, panda yang dilahirkan di Malaysia pada tahun 2015, akan dihantar ke China pada 14 November depan.
Demikian diumumkan oleh Zoo Negara Malaysia semalam.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr. Wan Junaidi berkata, Nuan Nuan telah mendatangkan kegembiraan kepada rakyat Malaysia dalam masa dua tahun sejak dilahirkan. Nuan Nuan membesar dengan sihat dan beratnya kini melebihi 82 kilogram.
Menurut Ketua Pengarah Pusat Pemuliharaan Panda Zoo Negara, Dr. Mat Naim Ramli, Nuan Nuan sedang membiasakan diri berada dalam sangkar bagi memudahkan perjalanan ke China nanti. Masa bersama dengan ibunya juga dikurangkan.
Nuan Nuan dilahirkan pada 18 Ogos 2015. Ibu bapanya adalah pasangan panda dari China, Xing Xing dan Liang Liang.