Cari:
Pembinaan Sistem Galak Pembangunan China
2017-10-10 14:28:42 CRI Cetak

Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) bakal diadakan di Beijing pada 18 Oktober depan. Sidang ini menjadi tumpuan para sarjana di seberang laut.

Ketua Institut Pengajian Asia Timur, Universiti Kebangsaan Singapura(NUS), Profesor Zheng Yongnian menganggap bahawa sejak Kongres Kebangsaan ke-18 PKC diadakan lima tahun lalu, China telah mencapai kemajuan yang cukup besar dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan ekonomi, kestabilan masyarakat dan pertahanan negara. Profesor Zheng beranggapan, pembinaan sistem telah memainkan peranan penting yang selaras dengan keperluan negara, sosial dan sistem kehakiman.

Menurut Zheng, pembinaan sistem dapat dilihat dalam pembangunan PKC sendiri. PKC mengeluarkan strategi komprehensif yang melibatkan empat bidang, iaitu membangunkan masyarakat kaya, memperkasakan pembaharuan, mentadbir negara di sisi undang-undang dan mentadbir urus parti dengan ketat.

Antaranya, mentadbir urus parti dengan ketat amat penting. Zheng menganggap Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping amat bertanggungjawab dan berani membuat keputusan.

Mengulas tentang kongres ke-19 yang bakal diadakan, Zheng menyatakan sidang itu bukan sahaja berkaitan dengan pembangunan China dalam tempoh lima atau sepuluh tahun akan datang, bahkan berkaitan dengan pewujudan sasaran seratus tahun PKC dan bangsa China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China