Cari:
Lanmei Airlines China-Kemboja Mula Beroperasi
2017-10-11 15:25:25 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Lanmei Airlines, syarikat penerbangan usaha sama China-Kemboja, memulakan operasi di Phnom Penh pada 9 Oktober lalu.

Upacara merasmikan pemulaan operasi syarikat itu dihadiri wakil agama Buddha, Bour Kry, Duta Besar China ke Kemboja, Xiong Bo dan dif-dif kehormat lain.

Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Hor Namhong berkata, beliau berharap Lanmei Airlines dapat menjadi jalan udara yang menghubungkan Kemboja, China dan negara-negara lain di kawasan Lancang-Mekong, sekali gus membantu menarik pelancong ke Kemboja dan menggalakkan aktiviti pertukaran.

Menurut Sekretariat Negara Kemboja untuk Penerbangan Awam, Kemboja merancang menarik lebih dua juta pelancong dari China setiap tahun menjelang tahun 2020. Lanmei Airlines diharap dapat menjadi batu tanda bersejarah bagi industri penerbangan awam Kemboja.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China