Cari:
Pengalaman Pembangunan China Boleh Ditimba
2017-10-11 10:56:07 CRI Cetak

Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) bakal diadakan di Beijing pada 18 Oktober depan. Baru-baru ini, Ketua Institut Pengajian Asia Timur, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), Profesor Zheng Yongnian telah membentangkan pandangannya mengenai beberapa perkara termasuk hasil pembangunan China.

Sekarang China sedang berada dalam tempoh kunci untuk mewujudkan masyarakat kaya yang menyeluruh serta masa penting bagi pembangunan sosialisme yang bercirikan China.

Profesor Zheng yang berpandangan demikian, menganggap PKC telah merangka rancangan pembangunan yang terperinci dan bertindak sewajarnya untuk menangani isu-isu seperti kemerosotan ekonomi.

Beliau menganggap bahawa model pembangunan China mustahil disalin seluruhnya oleh negara lain dan bukan pengganti bagi model negara Barat, namun pengalaman pembangunan China boleh dipelajari negara lain.

Profesor Zheng turut memetik ucapan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping bahawa China tidak akan mempromosikan model sendiri, tetapi negara lain boleh menimba pengalaman China mengikut keperluan masing-masing.

Ulas beliau, sikap China ini boleh digambarkan sebagai kebijaksanaan dan dapat menyumbang kepada penyelesaian masalah-masalah yang dihadapi umat manusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China