Cari:
Kemboja Tubuhkan Sekretariat Negara untuk LMC
2017-10-11 16:37:07 CRI Cetak

Sekretariat Negara Kemboja untuk Kerjasama Sungai Lancang-Mekong (LMC) telah ditubuhkan di Phnom Penh semalam.

Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja, Prak Sokhonn, Duta Besar China ke Kemboja, Xiong Bo serta diplomat-diplomat dari negara-negara LMC ke Kemboja telah menghadiri majlis perasmian tersebut.

Prak Sokhonn menyatakan bahawa LMC merupakan mekanisme kerjasama subkawasan yang penting. Di bawah rangka LMC, enam negara terlibat meneroka kerjasama dalam lima bidang termasuk kesalinghubungan, kapasiti industri, sumber air, pertanian dan pembasmian kemiskian.

Duta Besar China, Xiong Bo dalam ucapannya menyatakan bahawa penubuhan sekretariat tersebut menandakan hasrat dan tekad kerajaan Kemboja untuk menggalakkan perkembangan mekanisme LMC. China bersedia meningkatkan kerjasama dengan Kemboja dan pihak-pihak berkenaan agar mengeratkan hubungan persahabatan antara enam negara LMC, dan memberi sumbangan sewajarnya kepada pembangunan komuniti berkongsi nasib sesama anggota LMC, bahkan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN dan Asia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China