Cari:
Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN Ke-23 Dirasmikan
2017-10-13 14:05:01 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN Ke-23 diadakan di Singapura pada 12 hingga 13 Oktober ini. 10 negara ASEAN akan mengadakan perbincangan tentang rancangan pengangkutan dan pembangunan prasarana pengangkutan di udara, laut dan darat.

Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Koordinator Keselamatan Singapura, Teo Chee Hean mempengerusikan upacara perasmian mesyuarat tersebut. Beliau menegaskan pentinganya kerjasama pelbagai negara anggota ASEAN dalam bidang pengangkutan. Beliau berkata, pengangkutan merupakan tunggak bagi industri pelancongan, ekonomi, komunikasi dan lain-lain. Maka, negara-negara ASEAN harus meningkatkan kerjasama untuk mewujudkan kesalinghubungan ASEAN yang lebih efisien. Sempena mesyuarat ini, sidang dialog antara ASEAN dengan rakan-rakan dialog termasuk China, Jepun dan Korea Selatan juga akan diadakan. Naib Menteri Komunikasi dan Pengangkutan China, Dai Dongchang menghadiri sidang tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China