Cari:
Tahun Pelancongan Laos 2018 Bakal Dirasmikan
2017-10-13 14:29:23 CRI Cetak

Majlis perasmian Tahun Pelancongan Laos 2018 akan diadakan pada 28 Oktober ini, maklum Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Laos dalam satu sidang media semalam.

Naib Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone menyatakan bahawa pelbagai kempen promosi pelancongan akan diadakan di seluruh negara bagi menarik kedatangan pelancong asing.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, industri pelancongan muncul sebagai industri kedua terpenting bagi ekonomi Laos selepas perlombongan.

Dalam tempoh antara tahun 2000 hingga 2015, jumlah pelancong ke Laos meningkat daripada 730 ribu kepada 4.6 juta. Hasil industri tersebut dalam tempoh sama turut naik kepada USD725 juta (RM3.1 bilion) daripada USD113 juta (RM477 juta).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China