Cari:
Malaysia, Filipina dan Indonesia Bekerjasama Atasi Ancaman Keganasan
2017-10-13 11:27:34 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Malaysia, Filipina dan Indonesia mengumumkan pelancaran rondaan udara bersama bagi mengatasi ancaman keganasan, lanun dan jenayah rentas sempadan di perairan Laut Sulu di sempadan ketiga-tiga negara pada 12 Oktober lalu.

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan rakan sejawatnya dari Filipina dan Indonesia, Delfin Lorenzana dan Ryamizard Ryacudu bersama-sama menghadiri majlis pelancaran rondaan udara bersama yang diadakan di Pangkalan Tentera Udara Subang Malaysia pada hari yang sama.

Serentak itu, rondaan laut bersama ketiga-tiga negara telah dimulakan baru-baru ini.  

Menurut persepakatan tiga pihak, Malaysia, Filipina dan Indonesia akan memimpin rondaan udara bersama secara bergilir bermula pada November nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China