Cari:
China-ASEAN Tandatangani MOU Siasatan Nahas Udara
2017-10-14 15:01:56 CRI Cetak

Jabatan Penerbangan Awam China telah menandatangani sebuah MOU persefahaman melibatkan kerjasama penyiasatan nahas kapal terbang dalam tempoh persidangan Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN ke-23 dan mesyuarat berkenaan ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan semalam.

Menurut MOU tersebut, China dan negara anggota ASEAN akan berkongsi kemudahan dan kelengkapan penyiasatan serta teknologi khusus, menawarkan latihan penyiasatan, dan berkongsi maklumat keselamatan bagi memudahkan penyiasatan kemalangan kapal terbang.

Komunike akhbar yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan Singapura menyatakan bahawa penandatanganan MOU ini dipercayai akan terus meningkatkan keupayaan dan kemahiran China dan ASEAN dalam penyiasatan kemalangan kapal terbang. Kedua-dua pihak pula akan mendorong keselamatan penerbangan melalui kerjasama positif ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China