Cari:
Kumpulan Etnik Bersenjata Myanmar Digalakkan Sertai Proses Damai
2017-10-16 12:53:19 CRI Cetak

Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi sekali lagi menegaskan bahawa kumpulan-kumpulan etnik bersenjata yang masih belum menandatangani perjanjian gencatan senjata dialu-alukan menyertai proses perdamaian negara itu.

Suu Kyi yang berucap di Naypyidaw semalam dalam satu majlis sambutan ulang tahun kedua perjanjian gencatan senjata berkenaan, menyatakan bahawa dialog politik dapat menjadi asas bagi Mesyuarat Perdamaian Panglong Abad ke-21 yang akan diadakan tahun ini.

Beliau berharap mesyuarat tersebut dapat membuahkan hasil sehingga membolehkan penyelesaian konflik melalui saluran politik.

Sejak November 2013, kerajaan Myanmar telah mengadakan sembilan pusingan rundingan damai dengan kumpulan-kumpulan etnik bersenjata, dan mencapai perjanjian gencatan senjata dengan lapan kumpulan terbabit pada Oktober 2015.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China