Cari:
China Promosi Produk Kesihatan di Indonesia
2017-10-20 14:14:55 CRI Cetak

Delegasi Dewan Perniagaan Import dan Eksport Ubat dan Produk Kesihatan China (CCCMHPIE) telah mengunjungi Perkumpulan Pengusaha Indonesia Tionghoa (PERPIT) semalam untuk mempromosikan ubat-ubatan dan produk kesihatan China di Indonesia.

Naib Pengerusi PERPIT, Abdul Alek Soelystio dalam ucapan alu-aluan menyatakan bahawa beliau berasa sangat gembira melihat semakin banyak syarikat China melabur ke Indonesia dan menyertai pembangunan ekonomi negara itu. Program kerjasama kedua-dua pihak bukan sahaja melibatkan projek mega, malah juga bidang-bidang berkaitan dengan kehidupan rakyat, kebudayaan dan perubatan.

Ketua CCCMHPIE, Zhou Hui pula memaklumkan bahawa pihaknya akan menganjurkan satu ekspo untuk mempamerkan ubat-ubatan dan produk kesihatan bermutu tinggi buatan China. Ekspo itu diharap dapat merancakkan kerjasama dengan pihak Indonesia termasuk membina pangkalan industri, serta penanaman dan pemprosesan herba.

Menurut beliau, kerjasama ini bukan sahaja membawa manfaat kepada rakyat Indonesia, malah membuka peluang perniagaan kepada syarikat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China