Cari:
Izham Ismail CEO baharu MAB
2017-10-21 10:54:09 CRI Cetak

Kapten Izham Ismail diumumkan sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Malaysia Airlines Bhd. (MAB) berkuat kuasa serta-merta selepas Peter Bellew melepaskan jawatan itu untuk kembali semula ke Ryanair Ltd. (Ryanair).

Pelantikan itu telah dipersetujui oleh Lembaga Pengarah Malaysia Aviation Group (MAG) dan MAB selepas berunding dan menerima kelulusan daripada Pengerusi Khazanah Nasional Bhd. yang juga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

MAB dan Khazanah dalam ke­nyataan bersama berkata, pelantikan tersebut adalah seiring de­ngan intipati 12 Pelan Pemulihan Malaysia Airlines yang dilancarkan pada 29 Ogos 2014.

Izham mempunyai 38 tahun pengalaman dalam industri pe­nerbangan memulakan kerja­yanya dengan Malaysia Airlines sebagai juruterbang pada 1979.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China