Cari:
China Tawarkan Perubatan Percuma kepada Rakyat Myanmar
2017-10-21 12:36:18 CRI Cetak

Kempen "Gereakan Terang" dilancarkan di sebuah hospital di Taunggyi, ibu kota wilayah Shan Myanmar baru-baru ini. Dalam lima hari kempen ini, kumpulan perubatan dari Hospital Rakyat Provinsi Henan China akan menjalankan pembedahan kepada 300 orang pesakit katarak secara percuma.

Ketika menyampaikan ucapan dalam majlis pelancaran aktiviti ini, Duta Besar China ke Myanmar, Hong Liang berkata, projek ini akan menerangkan kehidupan pesakit katarak di Myanmar dan meningkatkan hubungan persahabatan China dengan Myanmar.

Selepas itu, kumpulan perubatan China akan pergi ke Naypyidaw untuk menjalankan pembedahan kepada 200 pesakit katarak di sana.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, pelbagai hospital dan badan amal China telah menjalankan pembedahan secara percuma kepada kira-kira 6000 pesakit katarak di Myanmar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China