Cari:
China: Pelihara Mekanisme Perdagangan Pelbagai Hala
2017-10-22 13:39:15 CRI Cetak

Sidang menteri kewangan APEC ke-24 menutup tirainya di Hoi An, tengah Vietnam semalam. Para menteri mengadakan perbincangan tentang situasi ekonomi dan kewangan serantau dan sejagat, pelaburan prasarana untuk jangka masa panjang, penghakisan asas cukai dan pemindahan keuntungan (BEPS), pembiayaan dan insurans bagi risiko bencana, serta kewangan inklusif.

Penolong Menteri Kewangan China, Zhao Mingji ketika berucap dalam sidang kali ini berkata, trend pemulihan ekonomi dunia semakin baik, namun penggerak dalaman masih kurang kuat. Ketidakpastian dasar entiti ekonomi maju semakin bertambah manakala masalah perlindungan perdagangan kian serius. Pelbagai pihak di rantau Asia-Pasifik perlu meningkatkan komunikasi dan penyelarasan, menetapkan dasar yang terselaras serta mengekalkan mekanisme perdagangan pelbagai hala.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China