Cari:
Sidang Kemuncak Perkhidmatan Kewangan B&R
2017-10-23 13:46:19 CRI Cetak

Sidang kemuncak perkhidmatan kewangan bertemakan "Jalur dan Laluan" (B&R) anjuran Bank Perindustrian dan Komersial China (ICBC) cawangan Yangon, diadakan di Yangon, Myanmar kelmarin.

Turut hadir, Duta Besar China ke Myanmar, Hong Liang; Menteri Perdagangan Myanmar, Dr. Than Myint; Timbalan Menteri Perancangan dan Kewangan Myanmar, U Maung Maung Win; dan Timbalan Gabenor Bank Pusat Myanmar, U Soe Min.

Hong Liang menyatakan bahawa modal merupakan "darah" kegiatan ekonomi masyarakat moden. Integrasi kewangan, salah satu teras B&R, justeru untuk menyediakan modal yang mencukupi dan perkhidmatan kewangan yang cekap kepada program kerjasama di bawah inisiatif tersebut.

Beliau berharap jabatan kerajaan, institusi kewangan dan syarikat kedua-dua negara berani menghadapi kesukaran dan cabaran, menyelesaikan masalah dengan visi dari perspektif global dan semangat inovatif, serta mempertingkat kerjasama kewangan.

Dr. Than Myint pula menyatakan bahawa China sumber pelaburan dan rakan dagang terbesar bagi Myanmar. Inisiatif B&R China telah menyediakan peluang pembangunan yang besar kepada pelbagai negara.

Myanmar sebagai negara yang turut terlibat menghargai inisiatif tersebut dan mengalu-alukan lebih banyak syarikat China melabur di Myanmar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China