Cari:
Pertemuan Tidak Rasmi Menteri Pertahanan China-ASEAN ke-7
2017-10-24 11:19:04 CRI Cetak

China dan ASEAN merupakan komuniti berkongsi nasib yang semula jadi. Hubungan China-ASEAN kini berada pada titik permulaan baharu dalam sejarah.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan dalam pertemuan tidak rasmi menteri-menteri pertahanan China-ASEAN ke-7 di Clark, Filipina petang semalam.

Menurut beliau, China akan mengekalkan konsep diplomatik bersabahat, ikhlas, saling menguntungkan dan inklusif yang dikemukakan oleh Presiden Xi Jinping.

Di samping menggalakkan konsep keselamatan Asia yang berkongsi, komprehensif, mengutamakan kerjasama, dan berterusan, China aktif mengadakan kerjasama dengan negara-negara ASEAN dalam pelbagai bidang melibatkan pelbagai peringkat.

Kerjasama itu termasuk latihan bersama maritim, usaha sama memerangi keganasan, menggalakkan pembukaan talian hangat urusan pertahanan, bersama-sama membincangkan hal ehwal keselamatan demi membangunkan Asia yang selamat.

Hasil kerjasama tersebut menyediakan persekitaran yang selamat bagi kerjasama di bawah inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), sekali gus menyumbang kepada pewujudan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih kukuh.

Para menteri pertahanan ASEAN mengucapkan tahniah sempena Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) yang sedang berlangsung di Beijing.

Mereka menilai tinggi sumbangan China dalam memelihara keselamatan dan kestabilan serantau, sambil menyatakan kesediaan untuk terus meningkatkan komunikasi strategik dan memperdalam kerjasama keselamatan dengan China.

ASEAN bersedia memperkukuh persefahaman dan rasa saling mempercayai dengan China, dan bersama-sama menghadapi kesukaran dan cabaran serta memelihara pembangunan dan kemakmuran serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China