Cari:
Pertempuran di Marawi Tamat
2017-10-24 14:19:06 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pertempuran di Marawi, selatan Filipina tamat selepas tentera kerajaan berjaya menghapuskan semua militan di bandar itu.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana dalam mesyuarat menteri-menteri pertahanan ASEAN ke-11 di Clark, Filipina semalam.

Kata beliau, tentera kerajaan telah menawan semula bangunan terakhir yang menjadi tempat persembunyian militan di Marawi. Hal ini menandakan kejayaan kerajaan Filipina membanteras penularan keganasan yang paling teruk di negara itu, bahkan di seluruh Asia Tenggara.

Beliau turut merakamkan terima kasih kepada China, Australia, AS, Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei atas sokongan mereka terhadap kempen kerajaan Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China