Cari:
China, Indonesia Bermesyuarat Kerjasama Antidadah
2017-10-25 11:39:15 CRI Cetak

Mesyuarat pertama China dan Indonesia mengenai kerjasama antidadah di Jakarta semalam, ditutup dengan pemeteraian pelan pelaksanaan kerjasama antara agensi antidadah kedua-dua pihak.

Dalam mesyuarat itu, kedua-dua pihak telah memaklumkan situasi terkini dan langkah-langkah antidadah masing-masing, serta merumuskan hasil usaha sama beberapa tahun kebelakangan ini.

Turut dibincangkan, mekanisme pertemuan tahunan, talian hangat perhubungan, perkongsian maklumat risikan, operasi bersama, kawalan bahan kimia yang boleh digunakan untuk memproses dadah, pembanterasan kegiatan mencuci duit, program latihan serta perlindungan hak dan kepentingan penjenayah dadah yang ditahan di Indonesia.

Kedua-dua pihak bersetuju memperkukuh mekanisme kerjasama pragmatik untuk membaiki keadaan di kedua-dua negara dan serantau.

Ketua delegasi China yang juga Timbalan Ketua Setiausaha Suruhanjaya Kawalan Narkotik Negara (NNCC) China, Wei Xiaojun menyatakan bahawa perkongsian maklumat risikan dan operasi bersama merupakan komponen penting kerjasama antidadah China dan Indonesia pada masa ini.

China merancang menyediakan kemudahan yang diperlukan untuk membantu kempen antidadah Indonesia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China