Cari:
Pemimpin Singapura, Malaysia Utus Tahniah kepada Xi Jinping
2017-10-28 15:12:13 CRI Cetak

Pemimpin negara dan parti politik dari Singapura dan Malaysia mengutus tahniah kepada Xi Jinping atas pemilihan beliau sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat ke-19 Parti Komunis China (PKC).

Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura yang juga Perdana Menteri, Lee Hsien Loong yakin bahawa dengan berpandukan pemikiran sosialisme bercirikan China untuk era baharu, Jawatankuasa Pusat PKC penggal baharu yang berteraskan Xi Jinping akan terus membawa China mencapai pembangunan menyeluruh dan merealisasikan matlamat "dua seratus tahun".

Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan bahawa di bawah pimpinan Xi Jinping, PKC pasti sentiasa ingat akan niat asal dan misi yang digalas, terus berbakti untuk rakyat, dan membawa rakyat merealisasikan impian membangkitkan semula nusa dan bangsa.

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Dr Sim Kui Hian turut mengutus tahniah kepada Xi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China