Cari:
Zhang Gaoli Hadiri Upacara Pengebumian Raja Thailand
2017-10-28 15:59:36 CRI Cetak

Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli, selaku utusan khas Presiden Xi Jinping, menghadiri upacara pengebumian mendiang Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej di Bangkok pada 26 Oktober lalu.

Semasa upacara itu, Zhang menyampaikan penghormatan yang tinggi terhadap mendiang Raja Bhumibol, serta salam daripada Presiden Xi kepada Raja Maha Vajiralongkorn.

Beliau bagi pihak Presiden Xi, mengundang Raja Maha Vajiralongkorn melawat ke China seawal mungkin selepas pertabalannya.

Raja Maha Vajiralongkorn mengucapkan terima kasih atas kehadiran Zhang pada upacara kremasi ayahandanya, sambil menyatakan kesediaan melawat lagi China pada masa sesuai.

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Somkid Jatusripitak dalam pertemuan dengan Zhang sehari selepas itu, menyatakan bahawa kehadiran beliau mencerminkan betapa China mementingkan hubungan dengan Thailand, serta keeratan ikatan persahabatan kedua-dua negara.

Pihak Thailand mengucapkan tahniah atas Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) diadakan dengan jayanya.

Thailand mengutamakan hubungan dengan China, dan komited memperkasakan kerjasama strategik dengan China.

Di samping itu, usaha akan dilakukan untuk meningkatkan penyelarasan projek Koridor Ekonomi Timur (EEC) Thailand dengan pembinaan "Jalur dan Laluan" (B&R) demi perkembangan berterusan hubungan dua hala.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China