Cari:
Malaysia, Singapura Mendahului dalam Indeks Laluan Sutera Maritim
2017-10-30 13:46:12 CRI Cetak

Negara-negara ASEAN menunjukkan prestasi baik dari segi indeks pengukur kesalinghubungan yang disasarkan inisiatif Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21, dengan Malaysia dan Singapura mendahului anggota lain.

Tafsiran mengenai indeks tersebut dikeluarkan oleh Pusat Kesalinghubungan Global, Universiti Peking dalam Forum Pembangunan Laluan Sutera Maritim keempat yang diadakan di Kuala Lumpur pada 27 Oktober lalu. 

Forum tersebut dianjurkan bersama oleh Syarikat Kejuruteraan Permesinan China (CMEC) dan Pusat Pengajian Kesalinghubungan Global Universiti Peking.

Lebih 200 orang pakar, sarjana dan usahawan dari lebih 20 buah negara dan kawasan menyertai forum tersebut untuk membincangkan perkembangan serta masalah dihadapi China dan negara-negara terbabit.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China