Cari:
Kilang Simen China-Myanmar Buka Talian Pengeluaran Baharu
2017-10-30 14:41:04 CRI Cetak

Talian pengeluaran kedua kilang simen usahasama China-Myanmar yang terbesar di Myanmar mula beroperasi pada 26 Oktober lalu.

Dengan kapasiti pengeluaran simen sebanyak 5,000 tan sehari, talian pengeluaran baharu itu dijangka dapat memenuhi permintaan pasaran dan mewujudkan lebih banyak peluang kerja.

Kaunselor Perniagaan Kedutaan Besar China di Myanmar, Xie Guoxiang menyatakan bahawa operasi talian pengeluaran pertama telah mencapai keberkesanan baik dari segi sosioekonomi, manakala talian pengeluaran kedua pula menandakan bermulanya satu era baharu bagi kilang usahasama China-Myanmar ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China