Cari:
Rondaan Bersama Kali ke-63 di Sungai Mekong Berakhir
2017-10-30 14:49:49 CRI Cetak

Kapal-kapal peronda China, Laos, Myanmar dan Thailand kembali ke pelabuhan Guanlei, China semalam, menandakan rondaan bersama kali ke-63 di Sungai Mekong telah berakhir.

Operasi empat hari tiga malam itu bermula dari pelabuhan Guanlei pada 26 Oktober lalu dengan tujuh kapal yang membawa 163 penguat kuasa undang-undang dari empat negara berkenaan meronda laluan sepanjang 512 kilometer di Sungai Mekong.

Misi utama rondaan tersebut termasuk pemeriksaan dan pelaksanaan kempen antidadah di sepanjang laluan.

Selain itu, penguat kuasa undang-undang yang terlibat telah mengadakan mesyuarat pertukaran maklumat di Myanmar untuk bersama-sama menganalisis situasi keselamatan di lembangan Sungai Mekong dan perubahan hidrologi sungai itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China