Cari:
China, ASEAN Adakan Latihan SAR di Laut
2017-10-31 12:54:17 CRI Cetak

China dan negara-negara ASEAN mengadakan latihan mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan perairan Zhanjiang, Guangdong China hari ini.

Dengan penglibatan agensi dan pasukan SAR maritim dari tujuh negara iaitu China, Thailand, Filipina, Kemboja, Myanmar, Laos dan Brunei Darrusalam, latihan bersama ini merupakan yang berskala paling besar antara China dengan ASEAN.

Kira-kira seribu anggota SAR dengan 20 buah kapal dan tiga buah pesawat terlibat dalam latihan bertema "menyelamatkan nyawa, bekerjasama demi menang-menang" ini. Antaranya termasuk 16 unit dari China yang mengendalikan urusan di laut, polis maritim, pasukan SAR serta jabatan berkenaan dari Hong Kong.

Naib Ketua Pusat SAR Maritim Guangdong, yang juga Naib Ketua Pengarah Biro Urusan Maritim, Zhuang Zeping menyatakan bahawa Laut China Selatan merupakan tempat pelayaran banyak kapal dari negara ASEAN. Latihan bersama ini bertujuan mencari kaedah untuk meningkatkan kadar kejayaan misi SAR berdasarkan konsep "utamakan nyawa manusia".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China