Cari:
Polis Indonesia Tembak Mati Dua Suspek Pengganas
2017-11-01 12:52:34 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Dua orang suspek pengganas ditembak mati dalam satu pertempuran antara pasukan antikeganasan dengan kumpulan pengganas di pulau Sumbawa, wilayah Nusa Tenggara Barat, maklum polis Indonesia semalam.

Jurucakap polis, Setyo Wasisto dalam satu sidang media berkata, pasukan antikeganasan berdepan dengan empat orang militan ketika menjalankan operasi di kawasan pergunungan sekitar bandar Bima, pulau Sumbawa pada 30 Oktober lalu.

Dua orang ditembak mati manakala dua lagi berjaya melarikan diri.

Menurut pihak polis, empat militan itu disyaki anggota kumpulan pengganas Indonesia, Jemaah Anshorut Daulah (JAD).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China